Khas untuk peminat-peminat Kachigo yang berada di selatan tanah air. Kalau sebelum ini Kachigo asyik berada di sentral sahaja, kali ni Kachigo nak bertukar angin ke Negeri Johor! Mesti peminat-peminat Kachigo yang berada di sana suka kan?
Kenapa Kachigo nak datang ke Johor?
Kerana mulai 29 Julai hingga 3 Ogos 2010, Kachigo akan menyertai Pesta Buku Negeri Johor yang akan diadakan di Danga City Mall.
Kachigo ada di booth/gerai apa?
Kachigo akan turut serta bersama kawan-kawan lain di booth/gerai bookstation.com yang bernombor 63 & 65 dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Clay datang tak?
Malangnya Clay tidak dapat menghadirkan diri... tapi tak mengapa sebab anda masih boleh mendapatkan Kachigo di sana!
Merchandise/barang-barang Kachigo ada dijual tak?
Mestilah! Anda boleh dapatkan merchandise/barang-barang Kachigo pada harga promosi. Kita ada t-shirt Kachigo, box file Kachigo, keychain dan buku poket Kachigo yang boleh dibeli di sana.
Apakah aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan?
Ada persembahan tarian zapin, tarian klasik india, nasyid dan perminan yoyo Cina. Ha, kalau nak tau permainan yoyo Cina tu macam mana? Kenalah datang ke Danga City Mall.
Siapa lagi akan berada di sana?
Kartunis Moy, Upin-Ipin, kartunis Gempak Starz, kartunis Oka (Totoro) juga akan berada di sana!!
Ha, apa lagi? Jom kita serbu Danga City Mall!! Datang jangan tak datang! Ada juga cabutan bertuah pada hari terakhir pesta buku!!!
1. Tema tahun ini ialah "Buku Pencetus Inovasi"
2. Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) menjangkakan seramai 200 000 orang akan datang termasuk guru-guru dan pelajar sekolah
3. Pesta buku ini merupakan kemuncak bagi pesta-pesta buku yang telah diadakan di Negeri Johor sebelum ini kecuali daerah Pasir Gudang dan Johor Bahru