Carian

Peminat Setia

Wednesday, August 25, 2010

KL BookFest di KLCC Convention Centre & Kachigo Edisi Hari Raya!!

Untuk Peminat-peminat Kachigo yang rindu nak jumpa Clay, marilah kita beramai-ramai mengunjungi KL BookFest 2010 akan akan berlangsung di KLCC Convention Centre! Pesta ini akan berlangsung dari 4 - 12 September, 2010. Kami akan berada di Hall 4/Dewan 4 bersama dengan pempamer buku-buku Bahasa Inggeris.

Nampak tak nama Gemilang Publishing yang ada highlight warna hijau tu? Kachigo akan berada di gerai tersebut ok!

Slot kartunis pula akan berlangsung pada 11 September, 2010 pukul 6.00 petang yang akan menampilkan Clay (kartunis Kachigo) juga Aliow & Totoro (kartunis Oka). Jadi jangan ketinggalan untuk membanjiri KLCC Convention Centre. Ajaklah mak, ayah, adik, akak, abang, opah, atuk dan semua orang bersama. Apalah salahnya singgah ke pesta buku sementara bershopping untuk hari raya di KLCC tu kan? Jumpa di sana ya!!

Dapatkan juga barangan Kachigo dan komik Kachigo terbaru Si Mata Bulat di sana!


Apa yang istimewa tentang Kachigo Edisi Hari Raya?
- Jom kita belajar macam mana cara-cara untuk memasak lemang! Manalah tahu kan tahun ni kita boleh masak lemang sendiri :D
- Gambar sekitar aktiviti Kachigo di Pesta Buku Negeri Selangor, 2010
- Lagi pemenang Kolum Suka Hati dan Fan Art Kachigo (tahniah!!)
- Ada fakta am tentang makanan tradisional hari raya
- Siapa suka makan ayam?
- Cerpen hari raya oleh Izan Ali

Sebarang maklumat lanjut boleh di dapati di KL BookFest 2010 

Selain itu, untuk peminat-peminat novel Astana Novella! Dua novel terbaru akan dihidangkan untuk anda iaitu novel Ilham oleh Izan Ali dan novel Pemuja Rahsia oleh Ilmar Ilmia. Semua novel akan dijual dengan harga diskaun 20%. Jadi, sediakanlah bajet yang mencukupi dan jadilah orang pertama yang memiliki novel terbaru Astana Novella.

                                   
                   
















  

     Ilham oleh  Izan Ali                                                                                Pemuja Rahsia oleh Ilmar Ilmia

Merdeka!!!

Sudahkah korang mendapatkan Kachigo #11 Pertemuan Semula (Edisi Merdeka) di pasaran?! kalau belum, cepat pergi dapatkan komik tersebut di kedai-kedai yang berhampiran. Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 53! Sudah lama kita merdeka.. tapi adakah kita benar-benar merdeka? Ha, fikir-fikirkan..

Marilah kita bersama-sama berusaha supaya kemerdekaan ini tetap menjadi milik kita zahir dan batinnya.. Di sini, Kachigo nak kongsi rakaman konsert Allahyarham Sudirman pada tahun 1991 menyanyikan lagu Merdeka!


Monday, August 16, 2010

Ikan Cencaru Sambal Sumbat

Hari ini dah hari ke tujuh kita berpuasa. Macam mana dengan puasa? Kachigo harap anda semua dapat puasa penuh tahun ni. Sempena bulan Ramadhan ni, Kachigo nak berkongsi resepi Ikan Cencaru Sambal Sumbat.

Sebenarnya, resepi ini ada pelbagai variasi tetapi untuk kali ini, Kachigo nak kongsi resepi turun-temurun editor Kachigo. Resepi ini sesuai untuk dijadikan juadah berbuka puasa atau bersahur. Anda mesti sukakannya.

Kepada sesiapa yang tak tahu ikan Cencaru tu macam mana bentuknya, ha ini dia! Inilah ikan Cencaru ataupun nama samarannya ialah ikan jaket. Sekarang jom kita sediakan bahan-bahannya.

Bahan-bahan:
2 ekor ikan Cencaru
1 biji bawang besar (dipotong)
Belacan (sebesar ibu jari)
Sedikit garam
12 tangkai cili kering (dicelur dalam air panas supaya lembut)
Sedikit asam jawa

Cara-cara:
1. Siang ikan Cencaru dan basuh dengan air limau sehingga bersih. Ikan mestilah dibelah di bahagian belakang badannya supaya sambal tidak akan terkeluar semasa menggoreng nanti. Tujuan mencuci ikan dengan air limau ialah supaya ikan itu tidak hanyir.

2. Tumbuk cili kering bersama belacan dan garam. Bila sudah hancur, masukkan bawang besar dan tumbuk lagi sehingga bawang hancur. Kemudian, masukkan asam jawa dan pastikan asam jawa tersebut sebati dengan sambal.

3. Lumurkan ikan Cencaru dengan garam dan sumbatkan sambal yang telah ditumuk ke dalam perut ikan Cencaru. Sumbat sehingga perut ikan penuh.

4. Panaskan minyak. Goreng ikan Cencaru sehingga masak. Selepas itu, sedia untuk dihidang!

Oh jangan risau kalau sambal itu bertukar menjadi hitam ketika digoreng. Ini kerana adanya campuran asam jawa dalam sambal itu. Kalau tak percaya, sambal yang hitam itulah yang paling sedap.


Dah siap pun Ikan Cencaru Sambal Sumbat.

Anda bolehlah mencuba resepi ini. Rasa sekali pasti nak lagi!

Monday, August 9, 2010

Kachigo #11 Pertemuan Semula! (Edisi Merdeka)


Kepada peminat-peminat Kachigo yang ternanti-nanti komik Kachigo terbaru.. Ha, ini dia! Kachigo #11 Pertemuan Semula (Edisi Merdeka).

Dalam Kachigo kali ini, untuk edisi merdeka... kita ada segmen Negaraku I & Negaraku II. Ha, kalau nak tau apa yang ada dalam segmen itu, kenalah beli dan tengok kandungannya.

Ada juga laporan tentang aktiviti Kachigo & Clay di S.K. Menjalara, Kepong dan Read Malaysia'10.

Lepas tu, kita sudah ada pemenang untuk Fan Art Kachigo dan Kolum Suka Hati!! Kalau nak tau anda semau memang atau tidak, apa lagi cepat2 pergi beli Kachigo.

Ada sambungan kepada cerpen "Kuih Ketayap Tergolek" oleh Izan Ali..

Dan yang paling penting... Episod kali ini membawa Kachigo bertemu dengan seorang yang pernah menjadi Idola Kachigo. Siapa bekas Idola Kachigo tu? Pentingkah dia untuk Kachigo? Semua jawapan akan terjawab dalam Kachigo #11 Pertemuan Semula!

Selamat menyambut Ramadhan!!

Kepada rakan-rakan, dan peminat-peminat Kachigo yang beragama Islam... Kachigo ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. Jangan curi-curi makan waktu siang ya!!

Terimalah video di bawah ini untuk tatapan kawan-kawan. (sekadar suka-suka sahaja hehe) enjoy!