Carian

Peminat Setia

Wednesday, December 30, 2009

Selamat Tahun Baru


Sedar tak sedar dah masuk tahun baru. Kachigo pun dah makin matang. Jadi dikesempatan ini Kachigo nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua peminat Kachigo. Teruskan sokongan korang dengan membeli komik Kachigo. Jangan lupa jugak untuk intai komik terbaru Januari ini okey... Kachigo sayang semua!!


SELAMAT TAHUN BARU!!


Wednesday, November 18, 2009

Kachigo di Mersing

Pada 26 hingga 28 October yang lepas, Kachigo telah memeriahkan Majlis Sumbangan Buku & Aktiviti Pengembangan Budaya Membaca di Mersing Johor. Sambutan yang Kachigo terima di booth Kachigo adalah sangat baik! Ramai Kengkawan yang datang untuk medapatkan Komik Kachigo dari siri 1 sampai 3. Korang memang bestlah!!


Booth Kachigo yang tak pernah lekang dari kunjungan


Peminat-peminat Clay dan Kachigo mengambil peluang untuk mengabadikan kenangan

Kengkawan yang asyik melihat demonstrasi cara-cara melukis karikatur


Sabarnya adik ni menunggu Clay menyiapkan lukisan Moon.. Cantikkan lukisan Clay?!


Clay sempat merakamkan potrait kenangan bersama guru-guru Sk. Pai Chee Mersing. Tengok gamba Moon yang besar tu.. comel kan?!

Pesta buku di Kolej Yayasan Melaka

Ini dia gambar Pesta Buku di Kolej Yayasan Melaka.. yang telah berlangsung pada 22 hingga 24 October / 2009. Kachigo nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi hadir untuk memeriahkan pesta buku ni sambil mengambil peluang keemasan ni untuk mendapatkan komik Kachigo....


Ini booth Kachigo dan Oka

Clay, Aliow dan Totoro sedang melukis untuk kawan-kawan yang hadir


Bersemangat kawan kita ni melihat Clay melukis


Sampai berebut-rebut kawan-kawan kita ni untuk membeli Kachigo. Yelah siapa yang beli Kachigo boleh dapat autograph dari Clay. Bestkan!


Clay, Aliow dan Totoro bersama peminat


Tuesday, November 17, 2009

Merchandise Kachigo

Bagi kengkawan yang suka nak dapatkan merchandise atau barangan kachigo... ini adalah berita baik untuk korang!!!!


Kachigo dah ada batch sendiri!!! Korang boleh pilih antara 4 design yang berbeza ni.. harga promosi untuk batch ini ialah RM1.00 korang leh dapatkan batch ni kat booth2 promosi Kachigo.. So kumpulkan kesemuanya ok... barulah nampak trendy!!!



Kachigo pun dah ada t-shirt sekarang. Harga t-shirt ini ialah RM15.00 tapi harga promosinya hanya RM10.00. Kalo korang ada masa korang leh la lawat booth kachigo kat The Mines Book Fair dari 21 hingga 29 November ni untuk dapatkan t-shirt Kachigo yang bergaya ni.



Pada sesiapa yang berminat nak langgan komik Kachigo, korang akan dapat t-shirt ni dengan percuma kalau korang langgan komik ni sebanyak 24 isu! Borang langganan boleh didapati kat kulit belakang komik Kachigo ok..

Friday, November 6, 2009

Jumpa Kachigo Di Dataran Merdeka

Bagi kengkawan yang rindu pada Kachigo... Kachigo akan berada di Dataran Merdeka esok sempena Program Dataran Budaya...

Tarikh: 7 November, 2009 (Sabtu)
Masa: 3.00 petang - 10.30 malam
Tempat: Dataran Budaya (sebelah Bangunan Sultan Abdul Samad)


Siapa lagi ada?

Skuad Hardy Boys dan Nancy Drew akan turun padang memeriahkan majlis!!!!!
Pelukis Kachigo kartunis Clay juga akan turun padang untuk sesi autograph!!!!!
Oka dan kartunisnya Totoro & Aliow pun turut serta!!!!

So esok jangan duduk rumah je.. lepas makan tengahari jom ramai2 kita banjirkan Dataran Budaya!!!!!!

Hadiah menarik juga ada untuk semua orang!!!!!

Sunday, November 1, 2009

Kachigo #3

Untuk kengkawan yang belum lagi mendapatkan Kachigo no3: Beruang Bulan edisi november 2009 korang leh mula cari komik ni kat kedai2 yang dekat ngan umah korang...

Bagi korang yang tak tau kat mana nak cari Kachigo time cuti skolah ni. Korang leh dapatkan Kachigo kat mynews.com atau kedai2 buku dan surat khabar yang berhampiran.. nak lebih mudah.. order je kat Ms.Winter.. borang langganan boleh didapati kat blakang komik ok... :)

Wednesday, October 28, 2009

Waktu sibuk

Untuk kawan-kawan dan peminat kachigo.. buat pengetahuan.. Kachigo baru je balik dari pesta buku di 2 buah negeri, Melaka dan Johor (Mersing). Jadi Kachigo penat sket minggu ni... nanti Kachigo akan update blog macam biasa.. jangan lupa jugak usha update blog ni untuk...:

1. Gambar pesta buku di Melaka dan Johor
2. Resepi makanan Akademi Dapur Hebat (akan di post berkala mengikut permintaan)
3. Komik terbaru Kachigo siri ke-3..

Ok sayang korang semua.... kita jumpa nanti.. Kachigo nak rehat jap... sakit-sakit badan jauh berjalan... hehe...



Tuesday, October 20, 2009

Jom join kitorang!!!!!!!

Untuk kawan-kawan kat luar sana.. jangan lupa datang ke booth kitorang di:

Tempat: Pesta Buku 2009 Anjuran Kolej Yayasan Melaka
Tarikh: 22/10/2009 (Khamis) - 24/10/2009 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 4.30 petang

Siapa lagi ada? Kita ada Oka! Hardy Boys! Nancy Drew!
Kita ada Clay! Totoro! ngan Aliow jugak!

Ada macam-macam aktiviti, kuiz, hadiah yang disediakan... so jangan lupa luangkan masa untuk datang jumpa Clay dlm sesi autograph nanti okey... Oh ya promosi hebat pun ada...!!!!!

Jumpa kat sana ye!!!!!

Tuesday, September 29, 2009

Transformasi Fox Merah

Cerita kali ni pasal----> Warisan tutun-temurun cara memasak tradisional sentiasa menjadi idaman Fox. Kan bagus kalau dapat memasak dengan cara tradisional berbanding hanya bergantung pada teknologi komputer untuk menghasilkan makanan bermutu. Tapi sesuatu yang dashyat telah berlaku kepada Fox setelah memakan makanan ajaib. Mampukah Fox menghadapi dugaan maha hebat ini?

Kachigo isu2 ni dah berada di kedai2 buku yang berdekatan ngan korang.. kalo tak jumpa Kachigo ni kat kedai buku tu.. korang tanyalah orang yg duk kat cashier tu "Komik Kachigo takde ke?"... bukan apa Kachigo memang cepat habis.. so jangan lambat-lambat... Ataupun kalo korang nak lagi senang... korang leh subscribe Kachigo.. borangnya boleh di donlod di sini http://http//forumkachigo.blogspot.com/2009/08/akademi-dapur-hebat.html

Okey kalo korang ada apa-apa komen atau cadangan bolehla usulkan pada kitorang.. orait...



Monday, September 14, 2009

Selamat Hari raya

Untuk peminat-peminat dan pembaca Kachigo, Kachigo nak ucapkan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin" kepada semua. raya nanti pastinya banyak juadah yang dihidangkan. Kachigo juga tidak ketinggalan memasak ketupat, lemang dan dodol untuk hari raya ini. Maklumlah, Kachigo kan pandai masak :)


Tapi kawan-kawan jangan makan banyak sangat nanti jadi gemuk macam Moon pulak (harap-harapla Moon tak dengar..hehe) makan sikit-sikit tapi kerap.. dan jangan lupa untuk bermaaf-maafan. jangan lupa juga untuk beli komik Kachigo isu #2 yang bakal diterbitkan pada bulan Oktober nanti okey..


"Oi, Kachigo kau kutuk aku ek?!"
Alamak Moon dengarlah... Cabut.... kalau tak nanti dia tendang....
SELAMAT BERAYA KAWAN-KAWAN........

Sunday, August 23, 2009

Salam Ramadhan...


Dalam hari baik bulan baik ni.. Kachigo nak ucapkan Salam Ramadhan buat kawan-kawan. Jangan ponteng puasa tau. Siapa tak puasa tak boleh raya! hehe.

Sunday, August 16, 2009

Akademi Dapur Hebat

Akhirnya penantian untuk isu pertama Kachigo diterbitkan berakhir.. Sekarang ni korang dah leh baca Kachigo dalam Bahasa Melayu... hoorey!!!

Isu pertama untuk September ni hanya berharga RM2.00 je.. dengan ketebalan 56 mukasurat confirm tak rugi korang kuarkan 2 hengget tu untuk beli Kachigo. Semua mukasurat berkaler tau.. xde yang takde kaler...

Ada apa dengan cerita Kachigo? Ha.. baca dulu baru tau... semua ada.. ada masakan yang sedap.. ada adventure.. ada orang jahat.. ada awek comel nama Moon... ada humor.. ada semuanya.. mesti korang akan suka punyalah. (editor gerenti akan perkara ini hehe)





Kalau korang suka sgt ngan Kachigo ni korang leh la langgan Kachigo untuk setahun atau dua tahun.. terpulang kepada interest korang nak yang mana. Boleh terus call

-Ms. Winter kat no ni 03-62503396 atau

-download, print, isi dan fakskan borang langganan kat bawah ni ke no 03-62588011 senang je kan..

-jgn lupa kirim nama, alamat lengkap ngan no telefon korang sekali ok.. ;-)

Cepat-cepat!!! Pegi intai kachigo.. nanti habis korang jugak yang rugi...

Tuesday, July 21, 2009

Kachigo Edisi Bahasa Melayu

Yay!!! Berkat usaha bersama, akhirnya Komik Kachigo dah wujud dalam versi Bahasa Melayu santai.. Bagi kengkawan yang pernah ternampak Kachigo ni kat kedai-kedai dan teringin nak baca.. sekarang ni kira impian korang dah jadi kenyataan la kan.

Meh nak cerita sket tentang Kachigo... Kachigo ni ditulis oleh Clay..


korang kenal tak sapa Clay ni? Clay ni ialah ex-pekomik Gempak.. Lahir pada 14 April kat Pahang. Mesti korang pernah ikut baca komik ataupun usha-usha je komk dia sebelum ni antaranya ialah

- A Ball Story
- Shadow Quest
- Falcon
- Falcon wing

Pasal cerita Kachigo plak... Kachigo ni mengisahkan tentang dunia pada zaman selepas Perang Dunia Ketiga. Time tu masalah makanan dan kebuluran ni memang teruk. So manusia bergantung pada pil nutrien yang dibuat oleh chef-chef hebat untuk hidup. So ngan masalah ni lahirlah komik Kachigo.. nak tau lebih lanjut? Apakata korang tunggu komik ni kuar pada September nanti.. bukan mahal pun RM2.00 je senaskah. Gerenti RM2.00 korang tu tak rugi!

Kachigo Edisi Bahasa Melayu ni akan keluar pada 1 September 2009 dan ada 12 isu semuanya.. kalau berminat boleh terus langgan semua isu ok.. mesti tak rugi sebab ceritanya best sangat! Pastikan korang menjadi penunggu setia blog ni untuk update-update kachigo ok...

Ni ada sikit preview komik Kachigo untuk korang... amacam? ada bran?