Carian

Peminat Setia

Tuesday, September 29, 2009

Transformasi Fox Merah

Cerita kali ni pasal----> Warisan tutun-temurun cara memasak tradisional sentiasa menjadi idaman Fox. Kan bagus kalau dapat memasak dengan cara tradisional berbanding hanya bergantung pada teknologi komputer untuk menghasilkan makanan bermutu. Tapi sesuatu yang dashyat telah berlaku kepada Fox setelah memakan makanan ajaib. Mampukah Fox menghadapi dugaan maha hebat ini?

Kachigo isu2 ni dah berada di kedai2 buku yang berdekatan ngan korang.. kalo tak jumpa Kachigo ni kat kedai buku tu.. korang tanyalah orang yg duk kat cashier tu "Komik Kachigo takde ke?"... bukan apa Kachigo memang cepat habis.. so jangan lambat-lambat... Ataupun kalo korang nak lagi senang... korang leh subscribe Kachigo.. borangnya boleh di donlod di sini http://http//forumkachigo.blogspot.com/2009/08/akademi-dapur-hebat.html

Okey kalo korang ada apa-apa komen atau cadangan bolehla usulkan pada kitorang.. orait...



Monday, September 14, 2009

Selamat Hari raya

Untuk peminat-peminat dan pembaca Kachigo, Kachigo nak ucapkan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin" kepada semua. raya nanti pastinya banyak juadah yang dihidangkan. Kachigo juga tidak ketinggalan memasak ketupat, lemang dan dodol untuk hari raya ini. Maklumlah, Kachigo kan pandai masak :)


Tapi kawan-kawan jangan makan banyak sangat nanti jadi gemuk macam Moon pulak (harap-harapla Moon tak dengar..hehe) makan sikit-sikit tapi kerap.. dan jangan lupa untuk bermaaf-maafan. jangan lupa juga untuk beli komik Kachigo isu #2 yang bakal diterbitkan pada bulan Oktober nanti okey..


"Oi, Kachigo kau kutuk aku ek?!"
Alamak Moon dengarlah... Cabut.... kalau tak nanti dia tendang....
SELAMAT BERAYA KAWAN-KAWAN........