Carian

Peminat Setia

Tuesday, July 21, 2009

Kachigo Edisi Bahasa Melayu

Yay!!! Berkat usaha bersama, akhirnya Komik Kachigo dah wujud dalam versi Bahasa Melayu santai.. Bagi kengkawan yang pernah ternampak Kachigo ni kat kedai-kedai dan teringin nak baca.. sekarang ni kira impian korang dah jadi kenyataan la kan.

Meh nak cerita sket tentang Kachigo... Kachigo ni ditulis oleh Clay..


korang kenal tak sapa Clay ni? Clay ni ialah ex-pekomik Gempak.. Lahir pada 14 April kat Pahang. Mesti korang pernah ikut baca komik ataupun usha-usha je komk dia sebelum ni antaranya ialah

- A Ball Story
- Shadow Quest
- Falcon
- Falcon wing

Pasal cerita Kachigo plak... Kachigo ni mengisahkan tentang dunia pada zaman selepas Perang Dunia Ketiga. Time tu masalah makanan dan kebuluran ni memang teruk. So manusia bergantung pada pil nutrien yang dibuat oleh chef-chef hebat untuk hidup. So ngan masalah ni lahirlah komik Kachigo.. nak tau lebih lanjut? Apakata korang tunggu komik ni kuar pada September nanti.. bukan mahal pun RM2.00 je senaskah. Gerenti RM2.00 korang tu tak rugi!

Kachigo Edisi Bahasa Melayu ni akan keluar pada 1 September 2009 dan ada 12 isu semuanya.. kalau berminat boleh terus langgan semua isu ok.. mesti tak rugi sebab ceritanya best sangat! Pastikan korang menjadi penunggu setia blog ni untuk update-update kachigo ok...

Ni ada sikit preview komik Kachigo untuk korang... amacam? ada bran?