Carian

Peminat Setia

Wednesday, December 29, 2010

Selamat menyambut tahun baru!! & video aktiviti Kachigo di PWTC


Kachigo ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua peminat dan pembaca Kachigo.. diharapkan dengan kedatangan tahun baru ini kita akan berubah menjadi seorang yang lebih positif!!

Dan ini pula video aktiviti Kachigo di Pentas Utama Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur yang telah berlangsung di PWTC pada minggu lepas.

Monday, December 13, 2010

Kachigo di Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur

Ada sesiapa yang rindukan Kachigo? Percayalah rindu itu akan terubat kerana Kachigo dan Clay akan berada di Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur di PWTC..




No gerai Gemilang (Kachigo ialah B72 - B75)

Kita jumpa di sana ya!!!!!!!

Wednesday, November 3, 2010

Happy Divali


Hai kawan-kawan. Lama Kachigo tak menulis di blog kan? Kachigo agak sibuk sebenarnya. Maklumlah banyak tempahan kuih raya dan maruku yang Kachigo dapat sempena perayaan deepavali ni.. hehe

Kepada peminat-peminat Kachigo yang beragama hindu, Kachigo nak ucapkan Selamat Hari Deepavali. Kachigo dah dapat jemputan rumah terbuka esok.. makan nasi beriyani lagi.. kawan-kawan macam mana?

Tuesday, October 12, 2010

Kachigo #13


Untuk peminat-peminat Kachigo... kini... Kachigo isu #13 yang dinanti-nanti telah tiba!!! Isu kali ini bertajuk Walet Emas lebih mendebarkan dari episod-episod sebelum ini. Bagi sesiapa yang tidak tahu, walet bermaksud burung atau burung layang-layang.. Ha jangan keliru ya.. Walet tidak sama dengan wallet (beg duit) dalam bahasa Inggeris itu.

Dalam isu kali ni, makanan tradisional membawa anda semua naik belon ke Sarawak untuk makan Mi Kolok. Apa itu Mi Kolok? Kalau nak tahu, kenalah baca Kachigo #13.

Ada gambar-gambar sekitar Program Adikku Kreatif di S.K. Bandar Tasik Puteri, Rawang. Ha, jom kita lihat muka siapa yang glamour masuk komik Kachigo ni.

Kita ada pemenang Kolum Suka Hati dan Fan Art Kachigo!! Wah seronok ya, dapat baju, lukisan dan gelang kunci Kachigo.

Anda juga boleh belajar peribahasa dengan Kantin Bib kali ni. Ada lapan peribahasa untuk dipelajari.

Ada cerita pasal Scrat (Ice Age) dengan kacangnya... Apa yang bagus tentang khasiat kekacang ni ya?

Akhir sekali, ada cerpen Air Milo Ajinomoto dari Izan Ali

Semua ini ada dalam Kachigo isu #13.. Jadi, jangan tunggu lama-lama, pergi pergi ke kedai kalau lambat nanti habis komik Kachigo ni dikebas orang!!!

Wednesday, September 29, 2010

Gambar aktiviti Kachigo di KL BookFest 2010

Hai kawan-kawan.. macam mana dengan sambutan hari raya? Meriah tak? Banyak dapat duit raya tak? Kachigo harap kawan-kawan seronok dengan hari raya walaupun terpaksa belajar demi menghadapi peperiksaan. 

Lepas habis peperiksaan ni.. apa kata kawan-kawan cuci mata dengan klip terbaru aktiviti Kachigo di KL BookFest 2010 yang telah berlangsung semasa bulan Ramadhan yang lepas... tengok jangan tak tengok..


Sunday, September 5, 2010

Selamat Hari Raya...


Amacam? comel tak Kachigo dan Moon berbaju melayu dan berbaju kurung di hari lebaran? Jangan lupa dapatkan Kachigo edisi hari raya ya :)

Wednesday, August 25, 2010

KL BookFest di KLCC Convention Centre & Kachigo Edisi Hari Raya!!

Untuk Peminat-peminat Kachigo yang rindu nak jumpa Clay, marilah kita beramai-ramai mengunjungi KL BookFest 2010 akan akan berlangsung di KLCC Convention Centre! Pesta ini akan berlangsung dari 4 - 12 September, 2010. Kami akan berada di Hall 4/Dewan 4 bersama dengan pempamer buku-buku Bahasa Inggeris.

Nampak tak nama Gemilang Publishing yang ada highlight warna hijau tu? Kachigo akan berada di gerai tersebut ok!

Slot kartunis pula akan berlangsung pada 11 September, 2010 pukul 6.00 petang yang akan menampilkan Clay (kartunis Kachigo) juga Aliow & Totoro (kartunis Oka). Jadi jangan ketinggalan untuk membanjiri KLCC Convention Centre. Ajaklah mak, ayah, adik, akak, abang, opah, atuk dan semua orang bersama. Apalah salahnya singgah ke pesta buku sementara bershopping untuk hari raya di KLCC tu kan? Jumpa di sana ya!!

Dapatkan juga barangan Kachigo dan komik Kachigo terbaru Si Mata Bulat di sana!


Apa yang istimewa tentang Kachigo Edisi Hari Raya?
- Jom kita belajar macam mana cara-cara untuk memasak lemang! Manalah tahu kan tahun ni kita boleh masak lemang sendiri :D
- Gambar sekitar aktiviti Kachigo di Pesta Buku Negeri Selangor, 2010
- Lagi pemenang Kolum Suka Hati dan Fan Art Kachigo (tahniah!!)
- Ada fakta am tentang makanan tradisional hari raya
- Siapa suka makan ayam?
- Cerpen hari raya oleh Izan Ali

Sebarang maklumat lanjut boleh di dapati di KL BookFest 2010 

Selain itu, untuk peminat-peminat novel Astana Novella! Dua novel terbaru akan dihidangkan untuk anda iaitu novel Ilham oleh Izan Ali dan novel Pemuja Rahsia oleh Ilmar Ilmia. Semua novel akan dijual dengan harga diskaun 20%. Jadi, sediakanlah bajet yang mencukupi dan jadilah orang pertama yang memiliki novel terbaru Astana Novella.

                                   
                   
















  

     Ilham oleh  Izan Ali                                                                                Pemuja Rahsia oleh Ilmar Ilmia

Merdeka!!!

Sudahkah korang mendapatkan Kachigo #11 Pertemuan Semula (Edisi Merdeka) di pasaran?! kalau belum, cepat pergi dapatkan komik tersebut di kedai-kedai yang berhampiran. Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 53! Sudah lama kita merdeka.. tapi adakah kita benar-benar merdeka? Ha, fikir-fikirkan..

Marilah kita bersama-sama berusaha supaya kemerdekaan ini tetap menjadi milik kita zahir dan batinnya.. Di sini, Kachigo nak kongsi rakaman konsert Allahyarham Sudirman pada tahun 1991 menyanyikan lagu Merdeka!


Monday, August 16, 2010

Ikan Cencaru Sambal Sumbat

Hari ini dah hari ke tujuh kita berpuasa. Macam mana dengan puasa? Kachigo harap anda semua dapat puasa penuh tahun ni. Sempena bulan Ramadhan ni, Kachigo nak berkongsi resepi Ikan Cencaru Sambal Sumbat.

Sebenarnya, resepi ini ada pelbagai variasi tetapi untuk kali ini, Kachigo nak kongsi resepi turun-temurun editor Kachigo. Resepi ini sesuai untuk dijadikan juadah berbuka puasa atau bersahur. Anda mesti sukakannya.

Kepada sesiapa yang tak tahu ikan Cencaru tu macam mana bentuknya, ha ini dia! Inilah ikan Cencaru ataupun nama samarannya ialah ikan jaket. Sekarang jom kita sediakan bahan-bahannya.

Bahan-bahan:
2 ekor ikan Cencaru
1 biji bawang besar (dipotong)
Belacan (sebesar ibu jari)
Sedikit garam
12 tangkai cili kering (dicelur dalam air panas supaya lembut)
Sedikit asam jawa

Cara-cara:
1. Siang ikan Cencaru dan basuh dengan air limau sehingga bersih. Ikan mestilah dibelah di bahagian belakang badannya supaya sambal tidak akan terkeluar semasa menggoreng nanti. Tujuan mencuci ikan dengan air limau ialah supaya ikan itu tidak hanyir.

2. Tumbuk cili kering bersama belacan dan garam. Bila sudah hancur, masukkan bawang besar dan tumbuk lagi sehingga bawang hancur. Kemudian, masukkan asam jawa dan pastikan asam jawa tersebut sebati dengan sambal.

3. Lumurkan ikan Cencaru dengan garam dan sumbatkan sambal yang telah ditumuk ke dalam perut ikan Cencaru. Sumbat sehingga perut ikan penuh.

4. Panaskan minyak. Goreng ikan Cencaru sehingga masak. Selepas itu, sedia untuk dihidang!

Oh jangan risau kalau sambal itu bertukar menjadi hitam ketika digoreng. Ini kerana adanya campuran asam jawa dalam sambal itu. Kalau tak percaya, sambal yang hitam itulah yang paling sedap.


Dah siap pun Ikan Cencaru Sambal Sumbat.

Anda bolehlah mencuba resepi ini. Rasa sekali pasti nak lagi!

Monday, August 9, 2010

Kachigo #11 Pertemuan Semula! (Edisi Merdeka)


Kepada peminat-peminat Kachigo yang ternanti-nanti komik Kachigo terbaru.. Ha, ini dia! Kachigo #11 Pertemuan Semula (Edisi Merdeka).

Dalam Kachigo kali ini, untuk edisi merdeka... kita ada segmen Negaraku I & Negaraku II. Ha, kalau nak tau apa yang ada dalam segmen itu, kenalah beli dan tengok kandungannya.

Ada juga laporan tentang aktiviti Kachigo & Clay di S.K. Menjalara, Kepong dan Read Malaysia'10.

Lepas tu, kita sudah ada pemenang untuk Fan Art Kachigo dan Kolum Suka Hati!! Kalau nak tau anda semau memang atau tidak, apa lagi cepat2 pergi beli Kachigo.

Ada sambungan kepada cerpen "Kuih Ketayap Tergolek" oleh Izan Ali..

Dan yang paling penting... Episod kali ini membawa Kachigo bertemu dengan seorang yang pernah menjadi Idola Kachigo. Siapa bekas Idola Kachigo tu? Pentingkah dia untuk Kachigo? Semua jawapan akan terjawab dalam Kachigo #11 Pertemuan Semula!

Selamat menyambut Ramadhan!!

Kepada rakan-rakan, dan peminat-peminat Kachigo yang beragama Islam... Kachigo ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. Jangan curi-curi makan waktu siang ya!!

Terimalah video di bawah ini untuk tatapan kawan-kawan. (sekadar suka-suka sahaja hehe) enjoy!

Tuesday, July 20, 2010

Pesta Buku Negeri Johor


Khas untuk peminat-peminat Kachigo yang berada di selatan tanah air. Kalau sebelum ini Kachigo asyik berada di sentral sahaja, kali ni Kachigo nak bertukar angin ke Negeri Johor! Mesti peminat-peminat Kachigo yang berada di sana suka kan?

Kenapa Kachigo nak datang ke Johor?
Kerana mulai 29 Julai hingga 3 Ogos 2010, Kachigo akan menyertai Pesta Buku Negeri Johor yang akan diadakan di Danga City Mall.

Kachigo ada di booth/gerai apa?
Kachigo akan turut serta bersama kawan-kawan lain di booth/gerai bookstation.com yang bernombor 63 & 65 dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Clay datang tak?
Malangnya Clay tidak dapat menghadirkan diri... tapi tak mengapa sebab anda masih boleh mendapatkan Kachigo di sana!
Merchandise/barang-barang Kachigo ada dijual tak?
Mestilah! Anda boleh dapatkan merchandise/barang-barang Kachigo pada harga promosi. Kita ada t-shirt Kachigo, box file Kachigo, keychain dan buku poket Kachigo yang boleh dibeli di sana.

Apakah aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan?
Ada persembahan tarian zapin, tarian klasik india, nasyid dan perminan yoyo Cina. Ha, kalau nak tau permainan yoyo Cina tu macam mana? Kenalah datang ke Danga City Mall.

Siapa lagi akan berada di sana?
Kartunis Moy, Upin-Ipin, kartunis Gempak Starz, kartunis Oka (Totoro) juga akan berada di sana!!

Ha, apa lagi? Jom kita serbu Danga City Mall!! Datang jangan tak datang! Ada juga cabutan bertuah pada hari terakhir pesta buku!!!

Trivia:
1. Tema tahun ini ialah "Buku Pencetus Inovasi"
2. Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) menjangkakan seramai 200 000 orang akan datang termasuk guru-guru dan pelajar sekolah
3. Pesta buku ini merupakan kemuncak bagi pesta-pesta buku yang telah diadakan di Negeri Johor sebelum ini kecuali daerah Pasir Gudang dan Johor Bahru

Tuesday, July 13, 2010

Penterjemah diperlukan


Anda boleh membaca karakter tulisan cina? Anda boleh menterjemahkan penulisan cina kepada bahasa melayu? Jika ya.. andalah orang yang saya cari!

Pihak One Nusantara sedang mencari seseorang yang berkebolehan menterjemah teks bahasa cina ke bahasa melayu.. jika anda inginkan duit poket lebih untuk membeli handphone idaman anda.. ataupun anda ingin membeli gundam terbaru, atau anda ingin membeli jam tangan fossil untuk hari raya ini.. anda bolehlah e-mailkan permohonan anda itu kepada saya di alamat

izan_ali@ymail.com atau hubungi saya di 03-6250 3396 (Izan Ali)

Tuesday, July 6, 2010

Kachigo #10


Untuk peminat-peminat tegar Kachigo... ini isu #10 Kachigo untuk anda semua.. Melonjak ke Bintang ialah sambungan cerita Bintang Harapan yang disiarkan dalam isu #9... kalau nak tau apa kesudahan cerita ini, cepat dapatkan Komik Kachigo yang terbaru di pasaran!

Apa lagi yang ada dalam isu ni?

1. Kali ni kita nak singgah ke Johor untuk makan Laksa Johor
2. Ada Kamus Komik. Kamus komik ni menerangkan tentang penggunaan bahasa pasar yang ada dalam komik dan maksudnya.
3. Sertai kolum suka hati & fan art Kachigo!!
4. Kenapa Winnie the Pooh suka sangat makan madu?
5. Cerpen 'Kuih Ketayap Tergolek' oleh Izan Ali

Juga ada beberapa info tambahan tentang buah manggis, buah naga, buah longan dan buah betik. Beli jangan tak beli!!!

Untuk orang-orang Johor pula... nantikan Kachigo di Danga Bay City Mall... (update tentang program tersebut akan diberitahu kemudian)

Monday, June 28, 2010

Kemeriahan sambutan Kachigo di PKNS Shah Alam

Ha.. nak tau bagaimana meriahnya aktiviti Kachigo di kompleks PKNS Shah Alam? Jom kita tengok video kat bawah ni...



Kepada sesiapa yang belum pergi tu.. masih ada ada untuk korang beramah mesra dengan Clay.. kerana Clay akan berada di Kompleks PKNS pada hari Sabtu ini 3 Julai, 2010 dari pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang.. Jadi jangan lupa simpan duit untuk membeli komik Kachigo kerana komik Kachigo boleh didapati dengan harga RM1.00 senaskah sempena Pesta Buku Selangor 2010.

Tuesday, June 22, 2010

Kachigo di Pesta Buku Selangor (PKNS Shah Alam)

Berita baik untuk peminat-peminat setia Kachigo di Shah Alam... Korang boleh berjumpa dengan Clay di Pesta Buku Selangor yang akan berlangsung dari 25 Jun, 2010 hingga 5 Julai, 2010.

Klik pada gambar untuk membesarkan jadual ini.

Clay akan berada di booth bernombor D5-D6 pada:
26/6/2010 (Sabtu) : 12.30 petang - 2.00 petang
27/6/2010 (Ahad): 1.00 petang - 2.30 petang
3/7/2010 (Sabtu): 2.00 petang - 5.00 petang

Slot pentas bersama Clay akan dijalankan pada 27/6/2010 (Ahad) 12.00 tengah hari - 1.00 petang.

Jangan lupa untuk datang ye.. kita jumpa di sana!!!!

Tuesday, June 15, 2010

Kachigo di READ MALAYSIA'10

Masih terkesan dengan persembahan Pak Nil/Aznil Haji Nawawi di READ MALAYSIA? Sebagai duta READ MALAYSIA, sememangnya Pak Nil sangat happening dengan program ala Tom Tom Bak tempoh hari.

Tapi, bukan program Pak Nil je yang happening, pengunjung yang mengunjungi booth Kachigo pun happening jugak! Terlalu kushyuk membaca sampaikan ada yang terduduk, tertiarap, terbaring, tergolek dan bermacam-macam lagilah aksi yang menggelikan hati.

Yang pastinya, mereka datang untuk merebut peluang beramah mesra dengan Clay dan kartunis lain yang datang di pesta buku tersebut. Seronoknya bila mereka berjaya mendapatkan autograf daripada pelukis komik kesayangan mereka.

Saksikan aksi-aksi yang mendebarkan dengan menekan butang 'play' pada video di bawah ini


Terima kasih kerana terus menyokong Kachigo!!! Sayang korang!

Kachigo #9


Apa Bintang Harapan tu? Ha, kalau nak tau kenalah beli Kachigo isu #9 ni..

Apa yang best dalam isu #9 ni?

1. Melawat ke Kelantan untuk resepi nasi kerabu.
2. Majlis Pelancaran Komik Kachigo di Pesta Buku Antarabangsa.
3. Sertai kolum suka hati & fan art Kachigo!!
4. Bugs Bunny dan lobak merah?
5. Cerpen: Pandora ini Bumiku oleh Izan Ali

Monday, June 14, 2010

Kachigo untuk Program Adikku Kreatif

Untuk kawan-kawan (khasnya yang bersekolah di S.K. Menjalara Kepong). Sebelum berlangsungnya program READ MALAYSIA di The Mines, Clay iaitu penulis dan pelukis kachigo sempat membuat satu aktiviti di S.K. Menjalara.

Program Adikku Kreatif mendapat sambutan hangat di sana! Ramai rupanya pelajar yang berbakat dalam bidang melukis. Sesiapa yang berminat tu jangan putus asa, manalah tau satu hari nanti boleh jadi pelukis seperti Clay..

Dengan ini Kachigo nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang menyokong Program Adikku Kreatif ini..

Nak tengok apa yang terjadi di sekitar program tersebut dan gelagat-gelagat peminat Kachigo? saksikan video di bawah. Enjoy!

Wednesday, June 2, 2010

READMALAYSIA'10

Kachigo ada lagi satu berita baik!! Kachigo akan berada di READMALAYSIA'10 (Malaysia International Book Fair) yang akan berlangsung pada:

Tarikh: 4 - 13 Jun, 2010
Tempat: MIECC, Mines Resort City
No. Gerai: F19 -F22

Untuk sesiapa yang rindukan Kachigo, dan mahu berjumpa dengan Clay (pelukis/penulis Kachigo), korang bolehlah datang dan kunjungi gerai Kachigo ok.

Kat bawah ni, ada disediakan jadual untuk sesi autograf bersama pelukis dan novelis. Yang ada highlight kalar biru tu, slot Kachigo ok. So, kita jumpa kat sana ye!!!!

Oh ya, macam-macam aktiviti menarik dan hadiah juga telah disediakan untuk korang semua.. Apa lagi... mulai esok, jom kita serbu gerai Kachigo ramai-ramai!!!!!

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari www.readmalaysia.my
atau pergi ke facebook dan taip Read Malaysia'10 di ruangan carian..

Kachigo #8

Kachigo no 8 dah pun keluar kat pasaran. So peminat-peminat kachigo apa lagi... jangan lupa dapatkan komik ni..

Dalam isu ni ada juga sambungan cerpen dua dunia.. dan terdapat gambar aktiviti kachigo di terengganu.. beli jangan tak beli

Thursday, April 15, 2010

Smart Kids Fair...

Kachigo nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada semua pengunjung Smart Kids Fair yang memeriahkan booth Kachigo :)

Ramai sungguh peminat2 yang datang berjumpa dengan Clay, Totoro dan Aliow untuk mendapatkan komik dan juga autograph!


Ramai yang membeli baju untuk dijadikan kenangan..


Komik Kachigo, Oka dan lain-lain pada harga promosi


Clay sibuk melayan peminatnya


Pengunjung tak habis-habis memenuhi booth kami.

Wednesday, April 7, 2010

Kachigo #7

Untuk korang yang menanti-nanti Komik Kachigo #7. Tadaa! Kachigo isu ke7 telah pun siap dan akan berada di pasaran minggu depan. Suka tak?

Untuk Kachigo #7 ni, paling bestnya korang akan dapat extra pages dengan harga yang sama iaitu RM2.00 sahaja! Apa yang ada dalam extra pages ni?

Okey, kali ni Kachigo nak bagi korang hadiah. Banyak dan banyak dan banyak hadiah yang Kachigo dah sediakan. Korang boleh sertai kuiz Kachigo dan korang boleh hantarkan Fan Art Kachigo. Kalau korang pandai melukis, apa lagi... pergi ambil kertas lukisan dan lukis dengan cantik kemudian hantarkan fan art korang ke alamat

Fan Art Kachigo,
Komikku Daiichi Sdn. Bhd.
Lot 34A, Jalan 5/32A, Mukim Batu 6 1/2,
Jalan Kepong, 52000 Kuala Lumpur.

Selain itu, ada sesi interview ekslusif bersama Clay. Ada juga cerpen dua dunia. Selain itu, terdapat resepi Makanan Malaysia, dan ruangan makanan kegemaran kartun-kartun di dunia. So apa tunggu lagi, baik korang pergi cari Kachigo #7 yang bertajuk Cendawan Ajaib ni.. nanti habis menangis tak berlagu pulak :)

Monday, April 5, 2010

Part timer wanted!!!

Ok everybody... i seriously need 2 part timer for SMART READERS KIDS FAIR at PWTC this 9-11 April, 2010...

Anda akan bekerja dari pagi ke pukul 8.00 malam. makanan di tanggung, gaji yang menarik untuk anda...

so jika ada sesiapa yang berminat boleh hubungi event planner kami En.Tajul di alamat aina_amy@yahoo.com

ok kami menantikan jawapan anda... :) (kalau anda sedang tunggu result SPM lebih bagus)

Kachigo dan Oka di PWTC sekali lagi...

Ok. Kalau sebelum ini Kachigo berada di PWTC untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, tetapi kali ini Kachigo akan berada di sana sekali lagi untuk Pesta Membaca Smart Kids!!!


Bertemulah dengan Pelukis Komik Oka & Kachigo!!!
Kini anda berpeluang untuk berjumpa dengan pelukisKomik Oka!, Aliow dan Totoro dan Komik Kachigo, Clay. Bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC), pada 9-11 April 2010 di Smart Kids.



Jika anda peminat yang setia atau anda teringin sangat berjumpa dengan pelukis komik kesayangan anda, anda boleh datang ke Smart Kids PWTC Kuala Lumpur, di gerai kami yang berada di Hall3 bernombor 3089 untuk BookStation.com dan 3090 untuk Komikku Daiichi pada masa yang telah ditetapkan:

Sesi Tandatangan Bersama Kartunis:


9-Apr-2010
3.00 p.m - 5.00 p.m.
Aliow (Oka!)


10-Apr-2010
10.30 a.m -12.30 p.m.
Clay (Kachigo) 

2.00 p.m. - 5.00 p.m.
Totoro (Oka!)


11-Apr-2010
10.30 a.m -12.30 p.m
Aliow (Oka!)

2.00 p.m. - 5.00 p.m.
Clay (Kachigo)


Harga promosi kami bermula dengan harga promosi RM 1.00 bagi setiap satu (1) komik Oka!, Kachigo dan Kelas Durian D. Juga T-shirt Oka! & Kachigo hanya berharga cuma RM10.00 sehelai. Badges dan keychain comel-comel pun ada, RM 1.00 jer. Banyak lagi tawaran, apa kata kita terjah ramai-ramai.

Apa lagi yang ditunggu, mari kita memeriahkan lagi keseronokan dan keajaiban digerai kami ini. Jika anda cepat, anda juga berpeluang untuk mengambil gambar bersama dengan pelukis terkenal kami ini. Jumpa di sana. Jangan lupa datang ye!!!!

Wednesday, March 17, 2010

Kachigo akan berada di PWTC!

Untuk korang yang rindu Kachigo di sini Kachigo nak upload dua lagi cover komik yang akan berada di PWTC bermula esok hari





Jangan lupa dapatkan siri komik Kachigo yang terbaru ini. Terdapat juga komik Kachigo keluaran istimewa nanti. Nak tau Komik Kachigo keluaran istimewa tu macam mana? apa kata korang semua serbu booth Kachigo nanti di Legar Putra C4-C05 dan Dewan A18-A23. Korang boleh pringt gambar di bawah ni untuk memudahkan korang cari booth Kachigo!!!!






Jumpa korang kat sana ye!!!! Untuk tahu lebih lanjut tentang aktiviti2 Kachigo, korang boleh baca list aktiviti kat bawah ni...

Thursday, March 11, 2010

Kachigo @ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010

Berikut adalah jadual Aktivit Kachigo di IBFKL 2010

Pelancaran Komik & Koleksi
20 Mac | Ahad
3.00 petang | Dewan 2

Sesi demostrasi & autograf bersama kartunis Clay

21 Mac | Ahad
3.00 petang | Legar Putra

22 Mac | Isnin
3.00 petang | Dewan 2

23 Mac | Selasa
11.30 pagi | Legar Putra

---

Lain-Lain aktiviti di Booth Gemilang Publishing

+ SIRI ASTANA NOVELLA

Majlis Pelancaran
bersama Akhdiat Akashah
& Novelis Astana Novella
27 Mac | Sabtu
3.00 petang | Bilik Seminar Johor/Kedah

Temui Novelis Astana Novella
11.30 pagi | Dewan 2

NURFA - Aku, Dia & Gitar
24 Mac | Rabu

IZAN ALI - Buku Bunga-Bunga
25 Mac | Khamis

ILMAR LMIA - Budak SMART
26 Mac | Jumaat
+ KOMIK OKA

Pelancaran Komik & Koleksi
20 Mac | Ahad | 3.00 petang

Sesi demostrasi & autograf bersama kartunis Ah Liow
19 Mac | Jumaat
3.00 petang | Legar Putra

23 Mac | Selasa
3.00 petang | Dewan 2

27 Mac | Sabtu
11.30 pagi | Legar Putra

Sesi demostrasi & autograf bersama kartunis Totoro
21 Mac | Ahad
11.30 pagi | Dewan 2

24 Mac | Rabu
3.00 petang | Legar Putra

26 Mac | Jumaat
3.00 petang | Legar Putra
+ KOMIK KELAS DURIAN D
bersama Kartunis James Lu

Pelancaran Komik
25 Mac | Khamis | 3.00 petang

Kachigo di Pesta Buku Terengganu 2010

Pesta Buku Peringkat Negeri Terengganu dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu bersama Perbadanan Perpustakaan Negeri Terengganu, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu dan Persatuan Pengusaha Kedai Buku Melayu Negeri Terengganu (PERKEB) berlangsung dari 24 Februari sehingga 2 Mac 2004 di Pusat Dagagan Terengganu, Kuala Terengganu.

Tempat:
Pusat Dagangan Terengganu. Kuala Terengganu

Tarikh / Masa:
26 Februari 2010, 10.30 pagi – 1.00 tengahari
27 Februari 2010, 10.30 pagi – 2.00 petang

Pada hari pertama, setibanya kami di Pusat Dagangan Terengganu, pengunjung mula memasuki ruang dewan pameran. Kebanyakannya terdiri dari rombongan pelajar sekolah. Menurut penganjur, kedatangan rombongan sekolah kebanyakannya adalah pada sebelah pagi.

Pada awalnya sesi aktiviti ini diracang diadakan pada sebeleh petang. Disebabkan orang ramai memenuhi dewan, kami mengambil keputusan mengadakan sesi itu seawal 10.30 pagi.

Untuk menarikkan lagi aktiviti ini, kami mengadakan sedikit permainan untuk pengunjung kanak-kanak. Sambutan amat mengalakan. Semasa permainan berlangsung, aktiviti promosi dijalankan kepada penoton yang menyaksikan aktiviti ini. Kami hentikan aktiviti ini pada jam 1.00 petang kerana kebanyakan pengunjung sudah mula berkurangan untuk menuju ke Masjid bagi menunaikan solat Jumaat.

Pada hari kedua, rombongan sekolah serta pengunjung yang berkeluarga bertambah ramai. Selain cuti hari Sabtu, banyak juga aktiviti sampingan dijalankan oleh penganjur dan gerai lain. Dikesempatan ini kami menarik pengunjung terutamanya kanak-kanak untuk bersama dalam aktiviti kami.

Seperti hari pertama, kami menarik pengunjung dengan permainan. Sambutan amat menggalakan kerana kami memberikan hadiah kepada peserta permainan. Selesainya permainan, tawaran hadiah atau “ang pau” diberi kepada pengunjung yang membeli Kachigo mendapat tandatangan istimewa dari Clay. Kami menamatkan sesi kedua ini pada jam 2.00 petang.

Wednesday, January 6, 2010

Kerja Kosong!!!!

Gemilang Publishing sedang mencari editor novel dan event planner !!!


Syarat-syarat untuk editor novel
- Melayu
- Mempunyai ijazah dalam bidang yang berkaitan (atau)
- Berpengalaman dalam bidang mengedit novel (kira korang ni pro la)
- Berfikiran kreatif dan proaktif
- Suka baca novel. Tak kiralah novel tu korang beli dan baca untuk koleksi korang ke, korang pinjam novel kawan pastu baca ke, korang lepak kedai buku berjam-jam sambil baca novel ke, yang penting korang memang suka dan jatuh cinta dengan novel!


Syarat-syarat untuk event planner
- Melayu
- Suka buat kerja/aktiviti luar
- Pandai bercakap
- Kreatif dan proaktif
- Tak perlu pengalaman yang meluas asalkan rajin berusaha
- Sesiapa yang aktif semasa di universiti/kolej/sekolah juga digalakkan memohon


Sesiapa yang berminat bolehlah emailkan resume korang ke:
jobs_gp@yahoo.com


atau alamatkan kepada:

Gemilang Publishing
Lot 34A, Jalan 5/32A,
Mukim Batu 6 ½, Jalan Kepong,
52000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-6250 3396


Tarikh tutup: 31 March, 2010

Monday, January 4, 2010

Kachigo #4


Hai. Sebulan kita tak jumpa kan? Yelah kalau korang perasan Komik Kachigo tak dikeluarkan pasa bulan lepas (disember 2009) kan? Sebab masa tu cuti sekolah. Jadi sempena sesi persekolahan 2010 dah bermula, Kachigo terus menyambung komik yang keempat seperti yang telah dijanjikan.

Korang jangan lupa pulak nak dapatkan komik Kachigo #4 Raja Beruang Bulan ni. Kalau korang nak tahu Kachigo dapat ke tak tanduk Raja Beruang Bulan tu, korang kenalah baca ok!

Oh ye. Di kesempatan ni jugak, Kachigo nak ucapkan Selamat Bersekolah kepada kawan-kawan yang telah memulakan sesi persekolahan. Bagi korang yang baru masuk darjah satu, belajar rajin-rajin okey. Seronok tak dapat masuk sekolah baru, kenal kawan baru? Untuk korang yang UPSR tahun ni, tak mau main-main. UPSR ni penting ok.

Tak lupa juga untuk semua peminat Kachigo yang setia membeli dan membaca komik Kachigo, harap tahun ni korang support Kachigo jugak sebab tanpa korang, siapalah Kachigo kan...