Carian

Peminat Setia

Wednesday, November 18, 2009

Kachigo di Mersing

Pada 26 hingga 28 October yang lepas, Kachigo telah memeriahkan Majlis Sumbangan Buku & Aktiviti Pengembangan Budaya Membaca di Mersing Johor. Sambutan yang Kachigo terima di booth Kachigo adalah sangat baik! Ramai Kengkawan yang datang untuk medapatkan Komik Kachigo dari siri 1 sampai 3. Korang memang bestlah!!


Booth Kachigo yang tak pernah lekang dari kunjungan


Peminat-peminat Clay dan Kachigo mengambil peluang untuk mengabadikan kenangan

Kengkawan yang asyik melihat demonstrasi cara-cara melukis karikatur


Sabarnya adik ni menunggu Clay menyiapkan lukisan Moon.. Cantikkan lukisan Clay?!


Clay sempat merakamkan potrait kenangan bersama guru-guru Sk. Pai Chee Mersing. Tengok gamba Moon yang besar tu.. comel kan?!

Pesta buku di Kolej Yayasan Melaka

Ini dia gambar Pesta Buku di Kolej Yayasan Melaka.. yang telah berlangsung pada 22 hingga 24 October / 2009. Kachigo nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi hadir untuk memeriahkan pesta buku ni sambil mengambil peluang keemasan ni untuk mendapatkan komik Kachigo....


Ini booth Kachigo dan Oka

Clay, Aliow dan Totoro sedang melukis untuk kawan-kawan yang hadir


Bersemangat kawan kita ni melihat Clay melukis


Sampai berebut-rebut kawan-kawan kita ni untuk membeli Kachigo. Yelah siapa yang beli Kachigo boleh dapat autograph dari Clay. Bestkan!


Clay, Aliow dan Totoro bersama peminat


Tuesday, November 17, 2009

Merchandise Kachigo

Bagi kengkawan yang suka nak dapatkan merchandise atau barangan kachigo... ini adalah berita baik untuk korang!!!!


Kachigo dah ada batch sendiri!!! Korang boleh pilih antara 4 design yang berbeza ni.. harga promosi untuk batch ini ialah RM1.00 korang leh dapatkan batch ni kat booth2 promosi Kachigo.. So kumpulkan kesemuanya ok... barulah nampak trendy!!!



Kachigo pun dah ada t-shirt sekarang. Harga t-shirt ini ialah RM15.00 tapi harga promosinya hanya RM10.00. Kalo korang ada masa korang leh la lawat booth kachigo kat The Mines Book Fair dari 21 hingga 29 November ni untuk dapatkan t-shirt Kachigo yang bergaya ni.



Pada sesiapa yang berminat nak langgan komik Kachigo, korang akan dapat t-shirt ni dengan percuma kalau korang langgan komik ni sebanyak 24 isu! Borang langganan boleh didapati kat kulit belakang komik Kachigo ok..

Friday, November 6, 2009

Jumpa Kachigo Di Dataran Merdeka

Bagi kengkawan yang rindu pada Kachigo... Kachigo akan berada di Dataran Merdeka esok sempena Program Dataran Budaya...

Tarikh: 7 November, 2009 (Sabtu)
Masa: 3.00 petang - 10.30 malam
Tempat: Dataran Budaya (sebelah Bangunan Sultan Abdul Samad)


Siapa lagi ada?

Skuad Hardy Boys dan Nancy Drew akan turun padang memeriahkan majlis!!!!!
Pelukis Kachigo kartunis Clay juga akan turun padang untuk sesi autograph!!!!!
Oka dan kartunisnya Totoro & Aliow pun turut serta!!!!

So esok jangan duduk rumah je.. lepas makan tengahari jom ramai2 kita banjirkan Dataran Budaya!!!!!!

Hadiah menarik juga ada untuk semua orang!!!!!

Sunday, November 1, 2009

Kachigo #3

Untuk kengkawan yang belum lagi mendapatkan Kachigo no3: Beruang Bulan edisi november 2009 korang leh mula cari komik ni kat kedai2 yang dekat ngan umah korang...

Bagi korang yang tak tau kat mana nak cari Kachigo time cuti skolah ni. Korang leh dapatkan Kachigo kat mynews.com atau kedai2 buku dan surat khabar yang berhampiran.. nak lebih mudah.. order je kat Ms.Winter.. borang langganan boleh didapati kat blakang komik ok... :)